BERITA HANGAT

SEMPENA SAMBUTAN KEPUTERAAN KE-60

di DEWAN BANDARAN TAMPIN NS

YAM. Orang Kaya Seri Raja Merah
Dato' Nordin Bin Abd. Jalil, Dato' Naning Ke-21


 
 
 
 
 
 

Sabtu,  3 Mei 2014. Dewan Bandaran Tampin NS

DALAM satu acara yang gilang gemilang berselang adat , Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah, Dato' Nordin Bin Abd. Jalil, Dato' Naning ke-21 telah diraikan dalam malam Sambutan Hari Keputeraan baginda yang kini genap berusia 60 tahun .

Upacara yang dilaksanakan Lembaga Adat Pepatih Naning yang menjadi amalan turun temurun generasi Naning dalam memberikan sambutan Hari lahir Ke-60,  Dato' Naning itu, masih tetap segar dan menjadi aturcara penuh adat pada malam tersebut.

Malam sambutan Hari Keputeraan YAM Orang Kaya Seri Raja Merah, Dato' Nordin Bin Abd Jalil, Dato' Naning Ke-21 turut diperkenalkan juga Logo Rasmi baru bagi Wilayah Adat Pepatih Naning Melaka yang disempurnakan oleh Dato' Nordin, Dato' Naning Ke-21 dengan penuh adat.

Pembuka majlis pada malam itu ialah ucaptama dari Yang Berbahagia, Dato' Paduka Hj Md. Lajis Bin Tambi, (DPSN, BMUN) ;  Pengerusi Lembaga Adat Wilayah Naning Melaka.

Di samping turut dimeriahkan lagi majlis tersebut dengan acara kemuncak Memotong Kek Harilahir YAM Orang Kaya Seri Raja Merah, Dato' Nordin Bin Abd Jalil, Dato' Naning ke-21 hadiah dari Keluarga terdekatnya.

Selain itu, turut diutarakan juga perasmian satu lagi Logo bagi Persatuan Ibu Tunggal Naning Melaka yang turut disenpurnakan oleh YAM Dato' Nordin Bin Abd. Jalil.

Para undangan dihidangkan juga dengan hiburan dari nyanyian beberapa orang artis undangan antaranya Ayu, Pyan dan Juru Acara khas malam tersebut Penyanyi Veteran Nash sebagai menghiasi malam penuh bersejarah sambutan Hari Keputeraan Dato' Nordin Bin Abd Jalil Ke-60; Dato' NaningKe-21.

*Laporan dan Foto: Eunosasah - Enorea Production

No comments:

Post a Comment