PERGINYA SEORANG LAGENDA TERAKHIR BUJANG LAPOK - AZIZ SATTAR
Pemergiannya sukar dicari ganti...
Selasa, 6 Mei 2014.
DI Pagi yang ceria ini..kita turut dikejutkan dengan berita pemergian seorang Lagenda Lawak mapan yang kesohor. Allahyarham Aziz Sattar, 89 tahun.
Beliau merupakan Seniman Lawak terkenal dan menjadi Lagenda Terakhir "Bujang Lapok" yang amat terkenal di rantau Nusantara ini bersama pengasas dan pencetus idea "Bujang Lapok" iaitu Allahyarham Seniman Besar dan Terkemuka, Tan Sri P.Ramlee bersama seorang lagi Lagenda Lawak, Allahyarham Seniman S.Shamsudin.
Aziz Sattar sebelum terkenal sebagai salah seorang Bujang Lapok, sebenarnya beliau sudah lama dikenali sebagai Pelawak ketika beliau sering berganding lawak bersama seorang lagi Seniman popular Jalan Ampas, Allahyarham Ibrahim Pendek dalam siri "KELUARGA SI CHOMAT".
Keluarga Si Chomat memang popular ketika itu dan bila saja ada keramaian di Padang Esplanade di Dewan Bandaraya Singapura yang sering menjadi Pentas besar semasa keramaian Nasional, Keluarga Si Chomat pasti mendapat kesempatan buat persembahannya di situ. Penulis juga pernah menontonya ketika itu di Padang.
Kini Allahyarham Aziz Sattar telah berpulang ke pangkuan penciptanya, Illahi Rabbi...yang tinggal hanyalah nama beliau yang besar dan popular di samping kenangan lalu semasa hayatnya berlawak dan menghiburkan semua penggemarnya.
Semoga Allah mencucuri rahmat serta keampunanNYA dan mendapat keredhoan dariNYA jua. Semoga rohnya tetap bersemadi di sisi para Solihin.
Jasa dan bakti serta sumbangan Allahyarham Aziz Sattar ini tidak ternilai harganya demi kemajuan seni dan budaya Melayu di bidang Lakonan dan Lawakjenaka.
Bersamalah kita bertaffakkur sejenak sambil menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatehah dan mengaamiinkannya bersama...AL-FATEHAH...AAMIIN...
* Di sini ku paparkan ulangtayang kembali semasa kali terakhir aku merakam berita Allahyarham Aziz Sattar, ketika beliau bersama para Seniman dan Seniwati mapan Studio Jalan Ampas yang diundang khas oleh pihak AJK MAEC Fuchun C.C. tidak lama dulu di Singapura...
Laporan/Foto Eunosasah
*Copyrights Foto dan Laporan - Eunosasah/Enorea Production.
Kini Allahyarham Aziz Sattar telah berpulang ke pangkuan penciptanya, Illahi Rabbi...yang tinggal hanyalah nama beliau yang besar dan popular di samping kenangan lalu semasa hayatnya berlawak dan menghiburkan semua penggemarnya.
Jasa dan bakti serta sumbangan Allahyarham Aziz Sattar ini tidak ternilai harganya demi kemajuan seni dan budaya Melayu di bidang Lakonan dan Lawakjenaka.
* Di sini ku paparkan ulangtayang kembali semasa kali terakhir aku merakam berita Allahyarham Aziz Sattar, ketika beliau bersama para Seniman dan Seniwati mapan Studio Jalan Ampas yang diundang khas oleh pihak AJK MAEC Fuchun C.C. tidak lama dulu di Singapura...
MARI BERSAMA KITA SOKONG PELAWAK SINGAPURA
GABUNGAN PELAWAK VETERAN DAN ARTIS MAPAN
DALAM - MALAM KELAKAR LOKAL
SETELAH lama Pelawak tempatan kita tidak mengadakan persembahan bersama, kini mereka akan kembali menampilkan diri dan bergabung dalam satu persembahan lawak dan hiburan bersama artis undangan serta bakat-bakat muda tempatan.
Pelawak veteran kita itu akan bergabung tenaga menjayakan persembahan pentas "Malam Kelakar Lokal" yang bakal diadakan bertempat di Singapore Polytechnic Convention Centre pada Sabtu, 7 Jun 2014, jam 7.30 malam.
Mereka terdiri daripada pelawak pelawak Ahmad Stokin yang juga bertindak selaku Pengarah,
Obek Didi ( Mahadi Syor), Alias Kadir, Sahfudin Mahfudz, Zainal Ihim di samping dua orang Bakat Muda; Rakingston Mars dan Romey Helven juga turut ditampilkan membuat persembahan sulong mereka.
Malam Kelakar Lokal tersebut tidak akan lengkap juga jika tidak di ketengahkan artis mapan tanahair. Artis tersebut tidak lain dan tidak bukan pasangan adik beradik NURADEE BROS yang tidak asing lagi bagi penggemar hiburan di sini.
Nuradee Bros akan menyuguhkan beberapa buah lagu ciptaan mereka, lama dan baru di samping ingin bertemu dan mengajak peminatnya berhibur bersamanya di pentas Malam Kelakar Lokal ini.
Pihak penganjur yang membawakan persembahan ini , Encik Ahmad S. Munir atau labih glamor dengan singkatan ASM menegasakan; " Malam Kelakar Lokal ini kami anjurkan untuk mengangkat kembali pelawak pelawak mapan kita yang telah lama senyap dan tidak mendapat kesempatan untuk mengetengahkan bakat hebat mereka di bidang lawak.
"Lagipun mereka bukannya calang-calang artis atau pelawak, mereka yang kami ketengahkan ini merupakan pelawak kawakan dan mapan yang amat diminati ramai penggemarnya di sini."
Tambah beliau lagi;" Kami begitu terpanggil untuk memberikan mereka ini peluang dan ruang bagi mereka yang sudah lama benar menghilang.
"Kami juga turut mengambil peluang ini menampilkan sama dua orang Bakat Muda musik dan lawak, iaitu Rakingston Mars dan Romey Helven yang mempunyai kebolehan dan bakat yang baik untuk menjadi pelapis kepada artis mapan dunia hiburan tempatan."
"Malam Kelakar Lokal ini juga akan terasa janggal jika tidak kami tampilkan artis dan penyanyi unggul tanahair yang mempunyai karisma tersendiri di bidang musik d an hiburan di sini.Kerana itukami tampilkan Nuradee Bros untuk turut serta bersama mereka dalam acara yang julong julong kalinya kami adakan ini." Tegas ASM.
Bagi mereka yang ingin menonton Malam Kelakar Lokal ini bolehlah mendapatkan tiket tiket berharga $21, $28 dan $35 di pejabat Inspiria Arts & Music Pte Ltd dan ASM Design & Build Pte Ltd. di Block 371, Bukit Batok St. 31, #01-300, (Berdepan Bukit Gombak MRT) atau hubungi Hotline 6897 1918 atau Harlinah 9748 6365 ASM 8100 5445,
Ahmad Stokin 9114 4569 dan Sahiran Shah 9844 7136.
Lapor: EA / Enorea Production
No comments:
Post a Comment