BERITA LEPAS


PROMO SHOW - TKC PALING BEST GAMAT
DENGAN TELATAH  ADI RAHMAN, AB SHEIKH

Sabtu 26 April 2014
 
Pasangan DJ paling top meletop masakini AB Sheikh dan Adi Rahman memang tidak payah diperkenalkan lagi. Mereka yang muncul pada petang Sabtu lalu di ruang ligar Tanjung Katong Komples begitu mendapat sambutan hangat dari mereka yang hadir.
 
 Apakan tidaknya, dengan kerenah dan keletah serta celoteh yang cukup membuat ramai hadirin tergelak dan dihiburkan mereka, tidak kira orang tua atau muda lelaki atau perempuan, makcik dan pakcik semua habis dirangkum mereka berdua untuk jadi bahan kerenah dan usikan di acara tersebut.
 
Dua orang Dj ini  merupakan pengacara yang menjayakan promosi TKK Paling Best bagi Toko toko, Butik dan kedai di Tg Katong Kompleks tersebut.
 
Di samping mereka berdua turut di ketengahkan penyanyi veteran Aziz Ahmad yang tidak kurang juga hebatnya dan masih lagi dapat menarik penggemarnya berinteraksi sama ketika beliau memberikan persembahan nyanyiannya yang cukup memukau.
 
Tidak cukup dengan itu satu pertunjukkan fesyen oleh Butik dan Too Toko Pakaian di Pusat Jualan Tg Katong Kompleks ini juga turut dilestarikan dengan peragaan pakaian dari butik dan toko toko tersebut.
 
Tidak lengkap juga kalau tidak ditampilkan pula Bakat Muda Dali Filsuff yang menggegarkan ruang ligar TK tersebut dengan memperkenalkan sebuah lagu Bawean Rap yang dieri nama"Eson Fehbean".
 
Inilah juga lagu Bawean yang saya kira berjaya menarik minat penggemar di petang itu kerana sejak lagu Bawean Popular  "Laobe" di tahun 60an hingga kini, lagu Eson Fehbean ini juga yang mungkin boleh menjadi paling top di pasaran hiburan tempatan masakini. Bila Dali Filsuff dapat membawakannya dengan amat baik dan begitu mendapat sambutan bergemuruh penonton pada petang itu.
 
Dua orang tetamu khas dari Jepun juga turut ditampilkan pada petang itu dan Dali Filsuff turut berduet dengan seorang lagi pendatang baru, Hanah yang mempunyai suara alahai,  aduhai dan berpotensi besar untuk menjadi penyanyi yang digemari ramai.
 
Foto dan laporan EA / Enorea Production

 
 
  
 
 



 
********************************************
 
 
 
 
****************************************************

KONSERT NURADEE BROS DI INSPIRIA REDS CLUB DAN
PENTAS LAWAK LOKAL DI AUDITORIUM POLITEKNIK SINGAPURA
DIBAWAKAN OLEH: INSPIRIA

 
             Nuradee Bros dan Zul Satria Putra                        Ahmad Stokin -Pengarah
    Alias Kadir dan ASM              ASM dan Shahiran Shah
 
Singapura, Rabu, 16 April 2014
 
Kumpulan Nuradee Bros dan Zul Satria Putra sedang practise untuk konset Nuradee di Inspiria Reds Club dan bersama Alias Kadir pula akan beraksi di pentas Lawak Lokal pada 7hb June 2014. Di Auditorium Singapore Polytechnic jam 7.45 mlm.
 
Selain Alias, ramai lagi yang akan bersama tampil di acara Pentas Lawak Lokal ini nanti ; di antaranya, Din Nurahim, Zainal Ihim, Hamzah Adon dan beberapa artis lain bakal turut serta.
 
Segera dapatkan tiket tiket untuk menontonnya dari Inspiria, ASM, Roziah Barik, Harlinah Rahman, Ahmad Stokin, Sahiran Shah bagi tempahan tiket yang sungguh mampu beli.
 
Tiket berharga dari $21, $28 dan $35. ini boleh di beli juga di Muzika Rekod Joo Chiat Kompleks, Geylang dan di Pejabat INSPIRA, Blk 371 Bukit Batok St 31, berdepan MRT Bukit Gombak.
 
Mari bersama kita sokong dan bantu menanjjakkan lagi apresiasi seni Lawak tempatan dengan turut sama menonton Pesta Lawak Lokal yang 100% dari persembahan Pelawak Anak Watan kita.
 
Mereka bukan sahaja berbakat memang telah terbukti kemampuan mereka untuk terus menggegarkan Auditorium Politeknik Singapura nanti. Yuk Nonton beramai ramai bersantai bersama keluarga anda...jumpa anda disana
 
ASM dan Inspiria sentiasa mencuba menceriakan hari hari anda....

Laporan: EA / Enorea Production
 
*************************************************************
 
*
********************************************
 
GABUNGAN PELAWAK VETERAN DAN ARTIS MAPAN
DALAM - MALAM KELAKAR LOKAL
 
Isnin - 28 April 2014
 
SETELAH lama  Pelawak tempatan kita tidak mengadakan persembahan bersama, kini mereka akan kembali menampilkan diri dan bergabung dalam satu persembahan lawak dan hiburan bersama artis undangan serta bakat-bakat muda tempatan.
 
Pelawak veteran kita itu akan bergabung tenaga menjayakan persembahan pentas "Malam Kelakar Lokal" yang bakal diadakan bertempat di Singapore Polytechnic Convention Centre pada Sabtu, 7 Jun 2014,  jam 7.30 malam.
 
Mereka terdiri daripada pelawak pelawak Ahmad Stokin yang juga bertindak selaku Pengarah,
Obek Didi ( Mahadi Syor), Alias Kadir, Sahfudin Mahfudz, Zainal Ihim di samping dua orang Bakat Muda; Rakingston Mars dan Romey Helven juga turut ditampilkan membuat persembahan sulong mereka.
 
Malam Kelakar Lokal tersebut tidak akan lengkap juga jika tidak di ketengahkan artis mapan tanahair. Artis tersebut tidak lain dan tidak bukan pasangan adik beradik NURADEE BROS yang tidak asing lagi bagi penggemar hiburan  di sini.
 
Nuradee Bros akan menyuguhkan beberapa buah lagu ciptaan mereka, lama dan baru di samping ingin bertemu dan mengajak peminatnya berhibur bersamanya di pentas Malam Kelakar Lokal ini.
 
Pihak penganjur yang membawakan persembahan ini , Encik Ahmad S. Munir atau labih glamor dengan singkatan ASM menegasakan; " Malam Kelakar Lokal ini kami anjurkan untuk mengangkat kembali pelawak pelawak mapan kita yang telah lama senyap dan tidak mendapat kesempatan untuk mengetengahkan bakat hebat mereka di bidang lawak.
 
"Lagipun mereka bukannya calang-calang artis atau pelawak, mereka yang kami ketengahkan ini merupakan pelawak kawakan dan mapan yang amat diminati ramai penggemarnya di sini."
 
Tambah beliau lagi;" Kami begitu terpanggil untuk memberikan mereka ini peluang dan ruang bagi mereka yang sudah lama benar menghilang.
 
"Kami juga turut mengambil peluang ini menampilkan sama dua orang Bakat Muda musik dan lawak, iaitu Rakingston Mars dan Romey Helven yang mempunyai kebolehan dan bakat yang baik untuk menjadi pelapis kepada artis mapan dunia hiburan tempatan."
 
"Malam Kelakar Lokal ini juga akan terasa janggal jika tidak kami tampilkan artis dan penyanyi unggul tanahair yang mempunyai karisma tersendiri di bidang musik d an hiburan di sini.Kerana itukami tampilkan Nuradee Bros untuk turut serta bersama mereka dalam acara yang julong julong kalinya kami adakan ini." Tegas ASM.
 
Bagi mereka yang ingin menonton Malam Kelakar Lokal ini bolehlah mendapatkan tiket tiket berharga $21, $28 dan $35 di pejabat Inspiria Arts & Music Pte Ltd dan ASM Design & Build Pte Ltd. di Block 371, Bukit Batok St. 31, #01-300, (Berdepan Bukit Gombak MRT) atau hubungi Hotline  6897 1918 atau Harlinah 9748 6365  ASM 8100 5445,
Ahmad Stokin 9114 4569 dan Sahiran Shah 9844 7136.
 
Lapor: EA / Enorea Production
 
 
****************************************************

KONSERT NURADEE BROS DI INSPIRIA REDS CLUB DAN
PENTAS LAWAK LOKAL DI AUDITORIUM POLITEKNIK SINGAPURA
DIBAWAKAN OLEH: INSPIRIA

 
             Nuradee Bros dan Zul Satria Putra                        Ahmad Stokin -Pengarah
    Alias Kadir dan ASM              ASM dan Shahiran Shah
 
Singapura, Rabu, 16 April 2014
 
Kumpulan Nuradee Bros dan Zul Satria Putra sedang practise untuk konset Nuradee di Inspiria Reds Club dan bersama Alias Kadir pula akan beraksi di pentas Lawak Lokal pada 7hb June 2014. Di Auditorium Singapore Polytechnic jam 7.45 mlm.
 
Selain Alias, ramai lagi yang akan bersama tampil di acara Pentas Lawak Lokal ini nanti ; di antaranya, Din Nurahim, Zainal Ihim, Hamzah Adon dan beberapa artis lain bakal turut serta.
 
Segera dapatkan tiket tiket untuk menontonnya dari Inspiria, ASM, Roziah Barik, Harlinah Rahman, Ahmad Stokin, Sahiran Shah bagi tempahan tiket yang sungguh mampu beli.
 
Tiket berharga dari $21, $28 dan $35. ini boleh di beli juga di Muzika Rekod Joo Chiat Kompleks, Geylang dan di Pejabat INSPIRA, Blk 371 Bukit Batok St 31, berdepan MRT Bukit Gombak.
 
Mari bersama kita sokong dan bantu menanjjakkan lagi apresiasi seni Lawak tempatan dengan turut sama menonton Pesta Lawak Lokal yang 100% dari persembahan Pelawak Anak Watan kita.
 
Mereka bukan sahaja berbakat memang telah terbukti kemampuan mereka untuk terus menggegarkan Auditorium Politeknik Singapura nanti. Yuk Nonton beramai ramai bersantai bersama keluarga anda...jumpa anda disana
 
ASM dan Inspiria sentiasa mencuba menceriakan hari hari anda....

Laporan: EA / Enorea Production
 
*************************************************************

No comments:

Post a Comment